Monday, February 1, 2010

Argh,Mahalnya Kos Sampingan Untuk Membina Sebuah Masjid (special request post)


Dalam minggu ni,aku melakukan sesuatu yang aku tak pernah terbayang aku akan buat.Benda yang aku telah lakukan adalah sesuatu yang aku tak pernah pun wish aku akan buat satu masa dulu.Ya,aku telah berkunjung ke Bridal and Wedding Shop (aku tak tau istilah betol dia)

Pada mulanya,aku agak kaget memandangkan kali pertama kali melangkah masuk ke kedai yang SANGAT FEMININ,apatah lagi bila dikelilingi ramai wanita-wanita dan lelaki2 yang berkelakuan seperti wanita.Membuatkan aku rasa sedikit lembut dan sayur.Tapi apakan daya,ini adalah sesuatu yang aku perlu lalui untuk memastikan aku kelihatan normal ketika majlis kahwin nanti. Ini adalah antara benda paling awkward yang aku pernah encounter.

Aku tak pernah pedulik pasal pakaian aku.Aku adalah pengunjung setia kedai bundle di mana biasanya aku masuk dengan RM50 dan keluar dengan seplastik penuh t-shirt lusuh yang berharga Rm4 sehelai.Jadi,bagaimana perasaan aku rasa bila mendengar,untuk menyewa dua pasang baju kahwin nanti,harganya mencecah Rm750.Aku pun terbayang berapa helai baju t-shirt yang aku akan dapat dengan Rm750.Mungkin satu kontena.

Jadi,bila salesgirl2 itupun menyatakan harga dandanan make up yang berharga Rm300 untuk satu session,aku pun berkira-kira,ada 2 kali kena make up masa nikah dan bersanding.Dah Rm600.Wow,aku tak berapa dapat membayangkan membayar seorang perempuan atau separa lelaki RM600 untuk membubuh make up kepada tunang aku.Aku pun berbisik kepada tunang aku,"pakai lip gloss dah la."Tunang aku pun hampir menghalau aku keluar dari kedai kerana tidak mendatangkan sebarang faedah tetapi,aku tetap berdiri di situ dan mengkritik semua harga kat kedai tu.

Tunang aku pun menunjukkan beberapa helai baju untuk mengambil kira pandangan aku.Waktu itu aku merasakan input daripada aku sangat penting,jadi aku pun mengeluarkan pendapat aku dengan jujur.Barulah aku mengerti,apabila bercakap mengenai soal majlis perkahwinan,lelaki tidaklah perlu jujur dan ikhlas.Hahaha.

"Uish,tu takleh tu.Seksi!Carik yang macam jubah sket!"jerit aku membuatkan salesgirl tu terkesima."Haa,yang ni pun takleh.Lace tu jarang,nampak lengan"marah aku lagi bila tunang aku tunjuk satu baju lain.Saje je kot nak test aku,sebelum2 tu dia dah bagitau dah dia tak suka baju jarang dan seksi.Tah berapa helai baju aku reject sebab banyak benar baju yang dadanya seolah2 sengaja dikosongkan untuk tontonan ramai.Rupanya agak sengsara jugak nak mencari baju pengantin yang tidak ketat,tidak mengikut bentuk badan dan tidak seksi.

"Ni kalau ambik pakej baju,make up dengan pelamin,berapa ya?" tanya aku dengan muka garang.

"Akak bagi murah je dik.Price akak memang ok.Satu Selangor ni price agak lah paling murah!"kata Kakak itu konfiden sambil matanya menjeling ke arah bingkai gambar yang terkandung keratan artikel majalah Mingguan Wanita yang mempromosikan kedainya.

"Berapa kak?"tanya aku lagi.


"Ha..baju bersanding laki pempuan,baju nikah laki pempuan,make up untuk dua majlis,pelamin dengan kubah 4 tiang,accessory macam crown,keris,tengkolok,kos transport...."

Aku tunggu lagi.

"Semua sekali..2 ribu setengah je dik," sambung akak tu.

Aku pusing tengok tunang aku.
Aku tanya slow2,"takde ke kedai yang sama camni tapi style kedai bundle?"

Tunang aku stare aku tajam.
Aku terus senyap.Takpelah,diam ajelah,asalkan dia hepi.
Itu aje yang aku nak.

(Nota kaki - Aku suka baju yang ada dalam gambar tu....akak tu kata tu baju style Ekin.Kak,akak ingat semua orang layan AF ke kak?)

kredit to cursingmalay

No comments:

Post a Comment