Monday, December 7, 2009
FAM Bohong lg???
ANGKARA sandiwara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), janji untuk skuad Harimau Muda A beraksi dalam saingan Liga Super musim 2010 hanya palsu semata-mata. Jika minggu lalu Mesyuarat Jawatan Kuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) badan induk itu memutuskan memberi lampu hijau kepada juara Liga Perdana musim lalu untuk dinaikkan taraf, semalam Mesyuarat Majlis FAM ke-5 yang dipengerusikan Presidennya, Sultan Ahmad Shah berpendirian sebaliknya.
Hasil keputusan yang diumumkan Pengerusi JKPT FAM Datuk Che Mat Jusoh itu menyaksikan Harimau Muda A disingkirkan daripada Liga Super manakala pemainnya yang berusia bawah 21 tahun dibenarkan bermain bersama pasukan negeri dan kelab. Bagaimanapun Harimau Muda B yang dibentuk bagi pemain bawah 19 tahun kekal dalam saingan Liga Perdana musim depan.
Yang meraih keuntungan daripada keputusan ala ‘yo-yo’ FAM itu sudah pastinya Pahang yang dipilih untuk menggantikan tempat Harimau Muda A, bagi melengkapkan senarai 14 pasukan. Pasukan itu sepatutnya bersaing dalam Liga Perdana musim 2010 selepas menamatkan saingan di tangga kedua tercorot Liga Super musim lepas.
Bagaimanapun seperti biasa, FAM tampil dengan alasannya tersendiri. “Tidak ada istilah pilih kasih, Pahang memang berhak untuk menggantikan Harimau Muda A berdasarkan susunan pasukan Liga Perdana. Pahang bekas pasukan Liga Super di kedudukan teratas dalam senarai baru pasukan Liga Perdana. Perkara itu tidak mendapat bantahan ahli majlis dan wakil persatuan negeri yang hadir,” kata Che Mat.
Bagaimanapun keputusan FAM untuk menghalang skuad Harimau Muda A menyertai saingan tertinggi liga tempatan itu dilihat akibat desakan persatuan negeri dan kelab yang kekurangan pemain.
Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin berkata barisan pemain Harimau Muda A tidak perlu risau kerana mereka bakal mendapat tawaran daripada persatuan negeri dan kelab.
“Pemain bawah 21 tahun akan kembali ke negeri asal atau kelab. Kalau tidak ada, mereka boleh cari pasukan lain, saya yakin mereka akan dapat tempat sebab ini adalah permintaan negeri yang mahukan pemain Harimau Muda,” katanya.
Menurutnya, pemain bawah 21 tahun itu akan berkumpul semula jika ditugaskan untuk menggalas cabaran negara dalam sebarang pertandingan peringkat antarabangsa di bawah kendalian jurulatih Azrai Khor Abdullah.
-Metro
komen aku : pening aku ngan FAM ...kedah nk merosot depa seronok ar tuu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment