Friday, December 4, 2009

Piala Dunia 2010 : undian kumpulan






CAPE TOWN 5 Dis. - Perancis, juara 1998 dan naib juara 2006, diundi sekumpulan, A dengan tuan rumah Afrika Selatan dalam undian bagi pusingan akhir bola sepak Piala Dunia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Cape Town di sini, semalam.

Afrika Selatan akan menghadapi Mexico dalam perlawanan pembukaan di stadium Soccer City di Johannesburg pada 11 Jun dalam kejohanan 32 negara yang diakhiri dengan perlawanan akhir pada 11 Julai di stadium yang sama.

Bekas pemenang Piala Dunia, Uruguay menjadi anggota keempat Kumpulan A.
Kumpulan yang tampak paling getir ialah G yang menampilkan juara lima kali, Brazil dengan Portugal, Ivory Coast dan Korea Utara.

Penyandang juara, Itali pula berdepan Paraguay, New Zealand dan Slovakia dalam Kumpulan F. - Reuters
Undian kumpulan pusingan akhir bola sepak Piala Dunia Afrika Selatan 2010

Kumpulan A
A1- Afrika Selatan
A2- Mexico
A3- Uruguay
A4- Perancis
Kumpulan B
B1- Argentina
B2- Nigeria
B3- Korea Selatan
B4- Greece
Kumpulan C
C1- England
C2- Amerika syarikat
C3- Algeria
c4- Slovenia
Kumpulan D
D1- Jerman
D2- Australia
D3- Serbia
D4- Ghana
Kumpulan E
E1- Belanda
E2- Denmark
E3- Jepun
E4- Cameroon
Kumpulan F
F1- Itali
F2- Paraguay
F3- New Zealand
F4- Slovakia
Kumpulan G
G1- Brazil
G2- Korea Utara
G3- Ivory Coast
G4- Portugal
Kumpulan H
H1- Sepanyol
H2- Switzerland
H3- Honduras
H4- Chile


sumber : utusan.com.my

No comments:

Post a Comment