Sopian tersandar di tepi dinding. Kertas dan pen sudah lama tersadai di dalam jari-jemarinya. Kakak, abang dan ipar-iparnya sedang enak menonton tayangan Cerekarama di TV3. Emaknya sibuk melayan karenah cucu. Bapaknya sedang tersandar di pintu hadapan rumah terbuai-buai dengan asap rokok.
Sopian berkira-kira. Sudah tolak. Campur sudah. Darab pon sudah. Bahagi pon settled. Mana lagi hendak cari duit ini? Lagi beberapa bulan sahaja dia akan melangsungkan perkahwinannya dengan Minah (Ops! Bukan Minah yang menyambar coli emaknya itu) :P
"Ko buat pe Pian?" tegur Shahrul selaku abang sulung si Pian kerana melihat adiknya tidak habis-habis menekan calculator.
"Aku tengah buat budget ini..." jawab Pian bersahaja.
"Budget kahwin ko tu? Lama sudah aku tengok ko buat budget. Tak siap-siap lagi?" Sharipah menyampuk. Sharipah kak ngah si Pian.
"Ala Kak Ngah, ko bukan tak tahu, aku ketandusan fulus hendak kahwin ini..." jawab Pian sambil menggaru-garu kepala.
"Cuba ko baca sikit budget ko itu Pian. Biar kami semua dengar, mana tahu kami boleh tolong" kata emak Pian sambil menyuap bubur nasi ke dalam mulut cucunya.
"Okey-okey. Dengar tau semua. Abang Long sumbang RM 1,500, Kak Long (Ipar) RM 1,000, Kak Ngah RM1,000, Abang Ngah (Ipar) RM 1,500, Abang Chik (Ipar) RM 1,500, Kak Chik RM 1,000, Kak Teh RM 1,000, Emak RM 2,000 dan Bapak RM 3,000 termasuk lembu 1 ekor. Amacam? Okey tak budget Pian?" kata Pian secara slumber macam Menteri Kewangan sedang membentangkan budget di Parlimen.
"Okey tengkorak ko! Ko yang hendak kahwin atau kami yang hendak kahwin?" Balas Bapak si Pian tanda tidak puas hati.
"Okey la tu Pak. Kata hendak tolong Pian?" Pian jawab tanda membangkang.
"Ko sumbang berapa pula?" Abang Long soal juga tanda ketidaknormalan adiknya membuat budget.
"Pian tidak sumbang apa-apa. Cukup la tu. Alhamdulillah lah, nasib baik Pian tak buat sumbang mahram" jawab Pian sebongok-bongoknya.
Kelepekkkkkkkkkkkkkkk!!! Bunyi hentukan.
Tiba-tiba Pian merasakan kepalanya seakan-akan ada burung 5 ekor berterbangan.
"Ko jangan harap! Hendak kahwin, cari duit sendiri!" Emak si Pian berkata sambil berlalu dan di tangannya ada senduk besar untuk mengacau dodol. Puas hatinya selepas mengetuk kepala si Pian.
Semua abang, kakak dan ipar-iparnya tersenyum sambil mengangkat thumbs up kepada Pian dengan tanda 'padan muka~'
P/s: Tengah hari tadi berbincang-bincang dengan kawan office. Lelaki sekarang, kalau tidak ada kurang-kurang RM 15,000 dalam tangan, jangan beranganlah hendak kahwin. Kan?
notakaki : apesal aku ni ha??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment