Assalamualaikum WBT .
- Tahniah buat penyokong Kenari yang setia di stadium mahupun depan televisyen. Kesudian kita menyaksikan detik demi detik yang amat menyayat hati buat pasukan tercinta kita amat dihargai oleh pihak pengurusan stadium & RTM..
- Tahniah juga buat HKC AS & HKC LK yang bergabung suara pada malam ini. Tanpa anda Stadium Shah Alam mungkin agak sepi kerana fans Selangor tak tahu nak provoke & boo kat sapa. Apapun cabang HKC LK & AS tetap terbaik berbanding HKC Trinidad Tobago..
- Sekalung penghargaan buat pemain yang terpilih beraksi dalam kesebelasan malam ini. Tanpa kalian mungkin Kedah akan diperbudak dengan lebih sadis lagi..
- Tidak lupa buat barisan kejurulatihan serta pengurusan yang penat mencurah ilmu & buah fikiran dalam membentuk skuad yang terbaik untuk awal musim ini. Terima kasih daun ketum..
- Gol Pertama Selangor : Terima kasih kepada Safee Sali kerana menghukum Eliza Helmi yang agak santai berada jauh daripada gol. Situasi yang tidaklah genting berjaya digentingkan oleh Eliza.
- Gol Kedua Selangor : Satu dua yang menarik antara Hardi & Amirul telah memukau Sabri. Walaupun Sabri bersalah, mungkin kita boleh tudingnya kepada K Devan kerana menggunakan ilmu pukau.
- Gol Ketiga Selangor : Sekali lagi situasi yang tidaklah terlalu genting berjaya digentingkan oleh barisan pertahanan Kedah serta Encik Eliza. Terima kasih kepada Amri Yahya yang berjaya melambung bola tersebut. Komitmen Amri telah berjaya membuktikan barisan pemain bawah Kedah pandai mendongak.
- Gol Keempat Selangor : Konklusi pesta gol Selangor dijayakan lagi dengan sumbangan tulus lagi ikhlas daripada Shahril Faizal. Terima kasih juga buat Amirul Hadi yang menyempurnakannya kerana tanpa beliau mungkin Boy akan meresa kecewa kerana sumbangannya tidak dihargai.
Akhir kata, Selamat Maju Jaya buat perlawanan seterusnya.
No comments:
Post a Comment