Friday, March 5, 2010

mencuci

copy dr sini
Perasankah anda ada tompok-tompok hitam apabila mengambil gambar awan atau langit?
Macamana nak tahu sensor kita telah diselaputi habuk atau kulat?
Bolehkah kita mencuci sendiri? Jawapannya: BOLEH!


Ini adalah contoh imej dari kamera Nikon D70 saya sebelum dicuci sensor. Aperture f/22
Perhatikan tompok2 hitam & habuk2 halus di hujung anak panah, ianya sangat halus hingga tak
nampak di permukaan sensor kamera pada mata kasar.

Untuk menguji sensor, anda perlu membuat beberapa setting kamera & lens:-
1.Setkan semua imej kualiti kepada normal, seperti contras, sharp & color.
2.Gunakan mode A (Aperture) setkan aperture kepada f/16 & keatas.
Semakin tinggi nilai aperture semakin jelas kelihatan. Kalau pakai f/5.6 biasanya tak nampak.
Kalau f/5.6 pun dah nampak maknanya dah teruk sangatlah tu.
3.Setkan lens pada wide angle, offkan auto fokus & jarak fokus letak je "infiniti".

Halakan kamera ke langit yang cerah & shoot. Tak perlu tengok kat PC, tengok kat LCD pun dah boleh nampak.
Tekan Enter untuk membesarkan gambar & zoom maksimum. Perhatikankan pada setiap sudut keseluruhan imej.
Jika tiada atau tak jelas gunakan f/22 atau semaksimum yang boleh.
Kalau takde jugak maknanya sensor anda bersih.

Jika nampak tompok2 hitam seperti gambar di atas, sediakan bahan2 berikut.


Disarankan guna peralatan yang sebenar seperti kertas tisu, kayu, blower yang kuat dan
pembersih sensor khas untuk kamera DSLR. Tapi kalau dah takde dan payah nak carik pakai yang ni pun boleh:-
1) Kayu aiskrim (dipotong rata pada salah satu hujung)
2) Pencuci lens untuk membuang habuk yang memekat atau kulat
3) Blower, lagi besar lagi bagus
4) Kertas tisu, pilih yang tak berhabuk (contohnya tisu 30 sen dalam bungkusan)
Awas! Jangan gunakan tisu lembut yang dalam kotak besar tu. Makin berhabuk la jadinya.


Gambar kurang memuaskan kerana guna kamera handphone jer

1) Pada kamera setkan kepada Mirror Lock Up untuk membuka mirror dan shutter.
2) Titiskan sedikit liquid ke permukaan sensor (untuk kotoran degil atau fungus sahaja)
3) Sapukan ke permukaan sensor secara pusingan dengan lemah lembut
Gunakan tisu yang lain untuk mengering dan membersihkan kotoran.
4) Gunakan blower untuk membuang sisa2 habuk yang masih melekat pada sensor.

Offkan suis dan pasangkan lens. Cuba try test tengok.
Jika masih terdapat habuk, ambil tisu yang lain dan lapkan cara sehala dengan perlahan2.
Gunakan blower dengan kuat kerana habuk yang halus suka melekat kat sensor dan jangan sampai
muncung blower terkena permukaan sensor. Ulangi sehingga bersih & puas hati.


Ini ada imej dari kamera saya selepas diservis mengikut arahan di atas. Aperture f/22.
Cuma ada sedikit habuk halus kat atas belah kiri sebab blower kecik & kurang power.
Kalau aperture f/16 ke bawah memang tak nampak tompok hitam tu.

Selamat mencuba

AMARAN: JIKA TERDAPAT APA-APA KEROSAKAN PADA KAMERA ADALAH DILUAR TANGGUNGJAWAB.
SEGALA ARAHAN TELAH DIBERI DENGAN BETUL DAN TELAH DIUJI KEBERKESANANNYA.

2 comments:

  1. berani betoi hang hasril...
    sensor tu la part yg paling sensitif..
    calar sket ka apa..abeh la..kamera baru la..better hantar ke nikon, suruh derang servis.free je.

    ReplyDelete
  2. Hey Folks
    I've been around here for a while now, and I finally found something worth writing about: I found This great resource on [url=http://html2rss.com/rss.php?id=235770[b]Buy Entertainment Center & TV Stands [/b][/url].
    Check them out I highly recommend

    ReplyDelete